Thursday 27 December 2012

Kelebihan Beristigfar

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa kelebihan yang akan diperolehi dari istighfar yang kita lakukan.
Kelebihan 
  1. Mengampunkan segala dosa dan kesalahan
  2. Terhindar dari seksaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  3. Memperolehi kenikmatan dan kesenangan yang baik
  4. Mendapat hujan apabila musim kemarau
  5. Memperolehi harta benda dan zuriat
  6. Menambahkan kekuatan badan (fizikal) dan rohani
  7. Menyembuhkan penyakit
  8. Menimbulkan kemarahan syaitan dan membinasakannya
  9. Menghilangkan dukacita, kesedihan serta rezeki

fadilah zulkiple  #_#

Tuesday 25 December 2012

DOA MOHON AMPUN
Maksudnya: Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.
..........................................................................
Keterangan
Doa tersebut terdapat dalam Al Qur’an surat Al A’raaf ayat 23. Doa yang pernah dibaca oleh Nabi Adam as beserta isterinya (Hawa) untuk memohon ampun kepada Allah atas segala dosa yang telah diperbuatnya,lantaran mengikuti hawa nafsu dan bujuk rayu Iblis yaitu untuk memakan buah khuldiyang semuanya itu telah dilarang dan diharamkan oleh Allah Swt.
.....................................................................................
Fadilah Zulkiple... @__@

Friday 21 December 2012


DUST IS MY BED

A beautiful and touching Arabic nasyid about life and 
death and how we will all inevitably return to Allah SWT.

Renung-renungkan dan selamat menghayati!!!


Fadilah Zulkiple;;;(^_^)

Wednesday 19 December 2012

Zikir Harian ~~~


Hari Jumaat
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH
Fadilatnya : Allah akan memberi ketenangan hati
bagi yang membacanya dan merasa
kelazatan zikrullah

Hari Sabtu
LAA ILA HA ILLALLAH
Fadilatnya : Setiap kali menyebutnya, Allah
akan hampir kepada kita dan akan memberi
segala kebaikan kepada hamba yang memujinya

Hari Ahad
YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM
Fadilatnya : Memperolehi harta yang banyak
dan membawa berkat serta dicintai oleh
setiap manusia semasa hidup kita

Hari Isnin
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA
HIL A’LI YIL A’ZIM
Fadilatnya: Setiap bacaan, Allah memberi
ganjaran pahala sebesar Gunung Uhud dan
Allah memberi kekuatan beribadah kepada
hambanya serta menghindarkan sifat2
mazmumah dalam diri kita

Hari Selasa
ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LAA
AALII MUHAMMAD
Fadilatnya: Setiap satu kali bacaan, mendapat
rahmat Allah dan Allah akan ampunkan dosa
kita selama setahun serta mendapat syafaat
Rasulullah di dunia dan di akhirat

Hari Rabu
AS TARG FIRULLAH HAL A’ZIM
Fadilatnya : Setiap kali di baca zikir di atas,
Allah akan menghilangkan satu titik hitam
dalam hati dan Allah memberi keampunan
kepada hambaNya

Hari Khamis
SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH
Fadilatnya : Setiap satu kali bacaan, Allah
akan mengampunkan dosa kita walau sebanyak
buih di laut atau pasir di bumi Allah dan Allah
akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga


Fadilah Zulkiple..(^_^)

Tuesday 18 December 2012

Kelebihan SOLAT DHUHA~~~~


Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera…

Hari ini saya nak share berkenaan Solat dhuha......

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

Credit to



maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)


MasyaAllah... Semoga selepas ni kita rajin buat solat dhuha ni ye... heeee... pesanan untuk diri sendiri juga... sekian...



Fadilah Zulkiple~~~


zikir Terapi ~~~Lailaha Illallah - Hafiz Hamidun





** Mari kita ramai-ramai berzikir.. moga mendapat ketenangan..InsyaAllah**


Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, kita akan mendapat 10 kebaikan kesan dari berzikir. Antaranya ialah:
1. Dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.
2. Orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah
3. Dimurahkan ruang rezekinya
4. Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni
5. Menghidup dan menjernihkan hati.
6. Mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah
7. Mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji
8. Berupaya membina fikiran yang positif dan dinamik 
9. Bersedia untuk hidup penuh berani
10. Dapat menenggelamkan sifat munafiq


Fadilah Zulkiple~~~~ :) 

Tuesday 11 December 2012


sentiasa meingati Allah..dengan sentiasa menyebut namanya..